LOGO BLOG

Gambar ini merupakan logo blog komunitas ISLAM SEJATI

Slot Iklan 1

Anda ingin pasang iklan disini? info klik pada gambar!

SIAPA LELAKI SHOLEH??


Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong ke arah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan Rasul-Nya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS:

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah swt.
17. Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh:

1. Mencari nafkah (belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

1. MENCARI NAFKAH

Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; “Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.”

“Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt.dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

2. BERJIHAD FISABILILLAH

Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

” Wahai lelaki soleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI

1. Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
2. Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri, suami yang soleh akan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah: “Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” ( HR Ibnu Majah )

islam itu mudah


assalamu'alaikum..

Kita cenderung men-judge bahwa dalam beribadah terkadang terasa berat dan ketika diberikan sebuah kepercayaan, kita juga merasa berat untuk melaksanakannya.

Tetapi ALLAH telah mengatakan bahwa islam ini sebenarnya mudah dan orang-orang yang menyulitkannya akan mendapat suatu timpaan azab yang cukup berat…

Sumber dari salah satu buku Aidh Al-Qarni “Sumber inspirasi orang-orang saleh” :

- Rasulullah bersabda . “Setiap muslim wajib bersedekah.” Seseorang bertanya , “Bagaimana jika tdak memiliki sesuatu yang akan disedekahkan?”, Rasul bersabda , “Hendaknya dia bekerja sehingga dapat memberi manfaat untuk dirinya sendiri, lalu dapat bersedekah.” Seseorang bertanya lagi , ” Bagaimana jika dia tidak mampu melakukan hal itu?”, Rasul menjawab , ” Hendaknya dia membantu orang yang sangat membutuhkan.” Seseorang bertanya lagi,” Bagaimana jika dia juga tidak mampu melakukan hal itu?”, Rasul menjawab ” Dia harus mengajak orang lain ke jalan yang benar atau berbuat kebaikan.” Bagaimana jika dia tidak bisa juga melakukannya?”, Rasul menjawab “Dia harus menahan diri dari perbuatan buruk, karena hal itu merupakan sedeah!”

Rasulullah SAW bersabda : ” Binasalah orang yang suka mempersulit masalah.” Rasulullah mengatakan hal itu sebanyak tiga kali.

Rasulullah SAW bersabda : ” Islam itu mudah. Seseorang yang mempersulitnya, tidak akan mampu melaksanakannya. Berbuatlah yang benar, berkatalah yang baik , berilah kabar gembira , dan mintalah pertolongan ALLAH dengan bersedekah berupa makan pagi dan sore, atau satu macam perhiasan.”

Rasulullah SAW bersabda : ” jika kalian mengantuk saat hendak salat, tidurlah hingga rasa kantuknya hilang. KArena jika salat dalam kondisi mengantuk, dia tidak dapat memahami bacaannya , sehingga dikhawatirkanketika memohon ampun, dia malah mencaci dirinya sendiri.”

Hadis-hadis diatas telah mempertegas bahwa islam itu mudah. Mudah2an kita tidak termasuk orang-orang yang suka mempersulit agama kita.

Islam itu mudah. Seseorang yang mempersulitnya, tidak akan mampu melaksanakannya. Berbuatlah yang benar, berkatalah yang baik , berilah kabar gembira , dan mintalah pertolongan ALLAH

wallohualam bissa

semoga bermanfaat!!

ISLAM itu agama yang indah


assalamu'alaikum semua..

sesungguhnya islam itu agama yg suci lagi indah dan mengamalkan sikap tolak-ansur demokrasi dan toleransi.
islam tidak pernah menghalang sesiapa pun dr agama lain untuk terus menerus menganut agama asal mereka.
dimana contoh:-

* pd zaman nabi Muhammad SAW baginda(beliau) telah membenarkan orang2 kafir yahudi di kota madinah utk teruskan hidup seperti biasa
dan dizaman beliau ada juga perjanjian telah dimetrai dimana setiap orang adalah diciptakan sama oleh ALLAH SWT
serta berbagai lagi contoh.
* semasa perang sabil dahulu khalifah salahuddin al ayubi telah mengarahkan bahwa org2 didalam kota jerusalem yg beragama selain islam
tidak diapa2kan dan membiarkan satu kota dimana dipercayai tempat kelahiran al-masih ISA AS untuk didiami diduduki oleh org kristian
sehingga sekarang.dan berlainan pada waktu kristen menyerang dan menakluki kota jerusalem(batulmaqadis) dimana para tentera salibi kristian
telah membunuh dan memperkosa wanita,anak2 serta menyiksa org2 didalam kota sehingga kota itu menjadi medan pertumpahan darah org2 tidak berdosa.walhal salahuddin telah memperkatakan" jgn lah kita mencemari kota dimana tempat yg dipercayai suci bagi 3 agama didunia ini menjadi kotor dengan darah manusia yd tidak berdosa".-drpd History channel ASTRO & NATIONAL GEOGRAPHY-

*islam itu indah-ialah islam dimana tidak mengamalkan sikap menganiaya org lain.dan sentiasa membantu bg org2 yg memerlukan(membutuhkan)
islam itu sering dipandang agama yg jahil,agama yg keras,agama yg mengamalkan sikap terrorisme adalah kerana pemimpin2 islam ditempat kalian atau ditempat tersebut merupakan pemimpin yg radikal dan tidak berfikiran secara global.walhal islam sendiri menghalang mereka berpecah belah serta besikap radikal @ extrimis.jd pemimpin2 tersebut tidaklah harus dipandang mewakili keseluruhan islam kerna sesungguhnya islam bkn begitu.
serta org yg sebegitu adalah minority yg sentiasa mahu mencari publisiti murahan.

terserah pada mereka yg berfikiran waras,terbuka,global serta kehadapan untuk menilai mana yg buruk dan mana yg baik.
ISLAM tidak menghalang untuk org2 yg jahil untuk terus mendiskriminasi dan memboikot(ganyang) agama lain.

SEKIAN DARI HAMBA ALLAH yg BERJIHAD dijalan yg benar.

KHODAM atau PEREWANGAN


Khodam (Pembantu dari Dimensi Gaib)

KHODAM TERBAGI MENJADI 2 , YAITU KHODAM JIN DAN KHODAM MALAIKAT


KHODAM JIN

Karena terobsesi kelebihan nabi Sulaiman as, berupa mukjizat dari Allah yang membuat beliau mampu memerintah bangsa jin untuk bekerja sesuai keinginannya. Sebagaimana firman Allah, “Dan [Kami tundukkan pula kepada Sulaiman ] segolongan setan-setan yang menyelam [ke dalam laut] untuknya dan mereka mengerjakan pekerjaan selain itu, dan Kami yang memelihara mereka”. Al Anbiya’[21] 82

Hingga banyak manusia ingin memiliki kemampuan seperti Sulaiman as tersebut, yaitu menjadikan para jin sebagai khodamnya atau perewangan atau pesuruhnya. Hingga maqom [kedudukan] seseorang sering ditentukan oleh kemampuannya dalam hal tersebut. Seseorang semakin “KERAMAT” dan dianggap sebagai “WALI” bila memiliki banyak pasukan jin, yang mampu membantunya untuk mewujudkan keinginan hawa nafsunya, seperti : pamer kekuatan, pindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat, berjalan di udara atau di atas air atau di atas daun, kekebalan, kekuatan ajaib,terawangan, pagar ghaib dsb.

Untuk hal tersebut, para pemburu khodam jin mencarinya di negara-negara Timur Tengah, bahkan sampai daratan Afrika. Keyakinan mereka, jin dari kawasan tersebut lebih hebat kemampuannya dibanding jin-jin lokal. Kisah jin lampu Aladin betul-betul merasuk dalam jiwa ummat ini.

Ada perbedaan mendasar antara nabi Sulaiman as dengan mukjizatnya, dan manusia biasa yang mengaku memiliki khodam Jin.yaitu: sang nabi memerintah para jin, dimana para jin harus taat dan patuh padanya tanpa syarat, sedang para jin mau membantu keinginan orang-orang tersebut dengan syarat-syarat tertentu yang harus dipenuhi, bila syaratnya tidak dipenuhi atau ada yang kurang, maka bantuan tidak diberikan. Artinya, orang tersebut harus memohon, merendahkan diri dan menghiba pada para jin tersebut. Lantas, siapa yang pantas disebut sebagai tuannya…?.

Bila “ jin muslim” menurut pengakuannya, maka syaratnya adalah: orang tersebut harus melakukan wirid-wirid ilegal/bid’ah [tidak ada tuntunan dari Rasulullah] seperti, baca al Fatehah 113 kali, ucapkan lafadz ALLAH 70 ribu kali, baca surat Al ikhlas 1 juta kali tiap hari, tidak boleh kurang atau ditambahi. Juga puasa yang menyimpang, seperti , puasa mutih, ngebleng [biasanya 3 hari 3 malam berada dalam ruang gelap tak bercahaya sedikitpun, tidak boleh tidur, lalu didatangi sosok misterius]. ngrowot, patigeni puasa tidak boleh sahur, puasa 2 tahun berturut-turut dsb. Atau dengan menulis ayat-ayat al Qur’an tetapi dibalik [ayat sungsang], atau dipotong-potong perhuruf atau perkata lalu diletakkan dalam kotak terpisah, ditambahkan huruf-huruf, angka-angka, lambang-lambang misteri.

Bila “jin kafir” maka maharnya adalah kemaksiatan yang mengerikan, seperti: menyembelih binatang tanpa membaca bismillah, menginjak al Qur’an, menulis ayat al Qur’an dengan darah atau sesuatu yang najis, menggauli ibu atau anak kandung sendiri,

KHODAM MALAIKAT

Bahkan yang lebih mengherankan, ada orang-orang “ANEH/SAKTI” mengaku mampu memiliki khodam dari bangsa Malaikat. Muncullah nama-nama asing seperti: sayyid Ruufail, Kasfiyaail, Jibrail, Samsamail, Sorfiyail, ‘an-yail, dll, adalah di antara nama malaikat yang bisa dijadikan khodam menurut keyakinan mereka. Kitab panduan mereka antara lain: Manba’u Ushulul-Hikmah [syarah Al Barhatiyah dan Al Jaljalutiyah Al Kubro], juga kitab Syamsul Ma’arif al Kubro. Karya: Al Imam Ahmad Ali Al Buny.

Benarkah ini semua…? Mungkinkah mukjizat bisa dipelajari dan ditiru…? Mungkinkah ada malaikat yang “nganggur” hingga rela jadi khodam [pembantu] manusia…?

Malaikat adalah mahluq yang mulia “…tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang DIA perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan [ALLAH]”. [At Tahrim: 6].

Mukjizat nabi Sulaiman as yang mampu memerintah makhluq Allah seperti angin, bangsa jin dsb, ternyata tidak diberi kekuasaan untuk memerintah bangsa Malaikat. Bahkan Rasulullah saw penghulu para nabipun tidak punya wewenang atau kemampuan untuk memerintah malaikat apalagi menjadikan malaikat sebagai khodam atau perewangan alias pembantunya.

Sementara ada manusia biasa, bukan nabi bukan rasul, mengaku memiliki khodam malaikat, dengan cara mengamalkan wirid-wirid tertentu untuk memamnggil para malaikat dan menundukkannya…Apa orang-orang macam ini lebih mulia dari para nabi dan rasul…? Hingga mereka memiliki kelebihan melebihi nabi dan rasul…?. Mungkinkah…?

Ini adalah pengakuan yang tidak bisa dipertanggung-jawabkan. Pengakuan palsu dan lucu…

Lantas siapakah yang hadir menemui orang-orang tersebut, yang mengaku sebagai malaikat itu…?

Al Qur’an mengungkap rahasianya, “Dan [ingatlah] pada hari [ketika] Allah mengumpulkan mereka semuanya, kemudian DIA berfirman kepada para malaikat, Apakah kepadamu mereka telah menyembah…?”. Para malaikat itu menjawab, Maha Suci Engkau, Engkaulah Pelindung kami, bukan mereka. Bahkan mereka telah menyembah JIN, kebanyakan mereka percaya kepada jin itu”. Saba’: 40-41

Bila tujuannya untuk kebaikan, boleh aja…benarkah,,,?

Memang ada perdebatan tentang ini, namun sebagai seorang yang bertaqwa dan ingin menjaga hati dan kebersihan aqidah, kita semestinya membebaskan diri dari berteman dengan makhluq Allah yang satu ini. Mereka ada yang baik, namun yang jahat dan penipu tidaklah sedikit.

Kaidah Usul Fiqih memberikan patokan: Dar-ul mafaasid muqadamun ‘ala jalbil-mashaalih , artinya: menghindarkan diri dari keburukan dikedepankan daripada mengambil suatu manfaat.

Contoh: minuman keras ada manfaatnya, namun bahayanya banyak, maka tidak boleh mengkonsumsinya dengan alasan karena ada manfaatnya, menghindari bahaya lebih diutamakan.

Renungkan firman Allah dalam surat Al Jin : 6.

6. dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan[1523] kepada beberapa laki-laki di antara jin, Maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.

[1523] Ada di antara orang-orang Arab bila mereka melintasi tempat yang sunyi, Maka mereka minta perlindungan kepada jin yang mereka anggap Kuasa di tempat itu.